Cari:
Xi Jinping Ditemui Pemimpin Pelbagai Negara dan Pertubuhan Antarabangsa
2015-09-03 11:08:59 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, semalam telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin pelbagai negara dan ketua pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang menghadiri upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi Jinping mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat yang menunjukkan sokongan mereka terhadap upacara tersebut, di samping persahabatan terhadap rakyat China, menghormati sejarah dan menghargai kedamaian.

Matlamat China mengadakan upacara peringatan ini adalah untuk mengingatkan rakyat seluruh dunia agar memperingati sejarah, mengenang mereka yang telah terkorban, menghargai kedamaian dan mencipta masa depan yang lebih cerah.

Pemimpin negara dan ketua pertubuhan antarabangsa tersebut turut menyampaikan ucapan tahniah kepada rakyat China.

Menurut mereka, rakyat China telah melakukan pengorbanan dan sumbangan yang besar demi kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia. Rakyat pelbagai negara perlu terus bersatu padu dan meningkatkan kerjasama untuk melindungi keadilan antarabangsa dan keamanan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China