Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing pagi tadi menyatakan bahawa peperangan seumpama sebuah cermin yang dapat membantu kita melihat dan menghargai keamanan.
Kini, walaupun keamanan dan pembangunan menjadi tema utama pada zaman ini, namun dunia masih belum mencapai kedamaian yang menyeluruh.
Xi Jinping menegaskan bahawa China akan terus mengekalkan jalan pembangunan damai demi keamanan dunia.
China tidak akan mengamalkan hegemoni, memperluas atau membebankan pengalaman kesengsaraan yang pernah dialami kepada bangsa-bangsa yang lain.
Sebaliknya, rakyat China akan tetap bersahabat dengan rakyat negara-negara lain demi memberikan sumbangan yang lebih besar kepada seluruh manusia.
Xi Jinping juga menyeru pelbagai negara agar memelihara tatatertib dan sistem perundangan antarabangsa berdasarkan piagam dan peraturan PBB, menubuhkan hubungan antarabangsa baharu berdasarkan kerjasama dan situasi menang-menang serta mendorong usaha menjamin keamanan dan pembangunan dunia.
Presiden Xi mengumumkan bahawa China akan mengurangkan sebanyak 300 ribu anggota tentera.