Cari:
Tentera yang Sertai Perbarisan Tentera Diberikan Pujian
2015-09-03 17:25:06 CRI Cetak

Presiden China yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping telah mengeluarkan perintah agar memberikan pujian kepada semua anggota tentera yang menyertai perbarisan tentera sempena Ulang Tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun.

Menurut perintah tersebut, semua anggota tentera yang terlibat dalam perbarisan tentera kali ini ialah simbol angkatan bersenjata negara dan telah menggalas pelbagai tugas. Pelbagai kumpulan dalam perbarisan tentera tersebut telah menunjukkan imej yang cemerlang kepada rakyat sama ada di negara ini atau di luar negara.

Prestasi mereka telah memperlihatkan pencapaian baharu dalam pertahanan negara dan pembinaan pasukan tentera berdasarkan matlamat memperkukuh ketenteraan negara, di samping menunjukkan kesungguhan tentera China untuk melindungi kedaulatan, keselamatan, kepentingan pembangunan negara dan keamanan dunia.

Perbarisan tentera kali ini juga telah membangkitkan semangat patriotik pelbagai etnik seluruh China untuk terus berusaha demi merealisasikan penjanaan semula bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China