Cari:
Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Dunia II Diadakan
2015-09-03 09:45:37 CRI Cetak

Perhimpunan sempena memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Dunia II diadakan di Dataran Tian'anmen, Beijing pada pukul 10.00 pagi.

Pemimpin negara dan rakyat jelata sama-sama menyaksikan upacara perbarisan tentera pada hari ulang tahun kemenangan ini.

Perbarisan tentera terdiri daripada 50 kumpulan, antaranya termasuklah dua kumpulan bekas tentera yang menaiki kereta, 11 kumpulan berjalan kaki, 27 kumpulan dengan kelengkapan, dan 10 kumpulan udara.

Perbarisan tentera ini disertai 12 ribu perajurit, 500 set kelengkapan tentera dan 200 buah pesawat.  Selain itu, 17 negara termasuk Rusia, Kazakhstan dan lain-lain turut menghantar pasukan tentera untuk menyertai perbarisan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China