Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Dunia II Diadakan
Perhimpunan memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Dunia II dirasmikan di Dataran Tian'anmen, Beijing pada pukul 10.00 pagi tadi.
Serentak dengan itu, sebanyak 70 das bedilan meriam dilepaskan bagi menandakan bermulanya upacara berkenaan.
Pemimpin negara dan ketua pertubuhan antarabangsa bersama-sama dengan rakyat China meraikan upacara memperingati kemenangan perang tersebut.