Perbarisan tentera diadakan di Dataran Tian'anmen, Beijing pada 3 September ini bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Liputan media antarabangsa berfokus kepada persiapan upacara tersebut, di samping berpendapat perbarisan tentera bukan sekadar menunjukkan kekuatan, yang lebih penting adalah untuk mengingati sejarah dan menyatakan keazaman untuk mempertahankan keamanan dunia.
Surat akhbar Kemerdekaan Rusia menyatakan bahawa peranan China dalam Perang Anti-Fasis Dunia tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya. Pada hakikatnya, Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun telah menghalang Jepun daripada bersatu dengan Jerman dan menjamin kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.
Associated Press (AP) melaporkan, perbarisan tentera China adalah untuk menunjukkan tekad China dalam memelihara kedamaian dunia.
Laman web BBC turut melaporkan, ini merupakan kali pertama China mengundang pasukan tentera negara asing menyertai perbarisan tentera dan hal ini membuktikan hasrat China untuk memelihara keamanan dunia bersama-sama dengan rakyat seluruh dunia.