Cari:
Kementeri Pertahanan China Beri Taklimat tentang Kekurangan 30 Ribu Anggota Tentera
2015-09-03 16:56:08 CRI Cetak
Presiden China, Xi Jinping, ketika berucap dalam Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing pagi tadi telah mengumumkan pengurangan tentera sebanyak 300 ribu orang.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun, semasa menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut berkata, perhimpunan itu diadakan bertujuan untuk mengenang dan memperingati pengorbanan dan sumbangan besar rakyat China dalam perang menentang Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Pengumuman mengurangkan anggota tentera membuktikan iltizam dan keikhlasan China untuk memelihara kedamaian, menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama, di samping menunjukkan kesungguhan China dalam mendorong kawalan tentera dan perlucutan senjata antarabangsa.

Tambah beliau lagi, pengumuman itu sekali lagi mencerminkan sikap China yang berpegang kepada prinsip pembangunan secara damai dan saling bekerjasama, mengamalkan dasar pertahanan yang bersifat defensif dan sentiasa menjadi kuasa penting dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China