Cari:
Ban Ki-moon Puji Perhimpunan Sungguh Meriah
2015-09-04 14:21:42 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon di Beijing semalam.

Xi mengalu-alukan kedatangan Ban Ki-moon dalam upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Beliau menegaskan bahawa China mengadakan perhimpunan tersebut adalah untuk menunjukkan kesungguhan rakyat China mempertahankan keamanan.

Tambah beliau lagi, "Pagi tadi saya mengumumkan bahawa China akan mengurangkan 300 ribu anggota tentera. Ini merupakan komitmen China demi mempertahankan keamanan. China sebagai Anggota Tetap Majlis Keselamatan PBB, bersedia untuk berganding bahu dengan PBB untuk mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia II dan tatatertib antarabangsa berdasarkan Piagam PBB."

Xi juga menegaskan bahawa bangsa China mengutamakan konsep "He" yang bermaksud aman damai dan harmoni. Oleh itu, China berharap 193 negara anggota PBB akan saling menghormati, bersatu padu, saling membantu dan berusaha untuk membina kerjasama menang-menang demi mewujudkan hubungan antarabangsa yang baharu.

Ban Ki-moon pula berkata, perhimpunan di Beijing sungguh meriah dan telah mencerminkan kesungguhan rakyat China untuk mempertahankan keamanan.

China telah sekian lama bergiat aktif dalam usaha memelihara keamanan dan pembangunan dunia, terutamanya dalam misi pengaman PBB, menyelesaikan isu hangat serantau dan mendorong pembangunan bersama melalui kerjasama Selatan-Selatan. PBB mengalu-alukan kerjasama dengan China dalam bidang yang lebih meluas seperti pembangunan lestari dan perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China