Cari:
Majlis Jamuan Memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Diadakan
2015-09-04 09:16:31 CRI Cetak

Satu majlis jamuan memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada majlis itu berkata, keamanan pada hari ini perlu dihargai dan dipertahankan. Upacara memperingati kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia adalah untuk membangkitkan aspirasi orang baik hati terhadap kedamaian, mengamalkan pembangunan secara damai dan sama-sama membina dunia yang damai serta mencipta masa depan yang cemerlang.

Xi mengalu-alukan kedatangan bekas askar dan anggota keluarga mereka yang membuat sumbangan demi kemenangan perang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan tokoh-tokoh antarabangsa yang membantu China dalam Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun.

Tambah beliau lagi, sejarah tidak boleh dinafikan dan diputarbelitkan. Masyarakat seluruh dunia harus mengambil iktibar daripada sejarah. China akan mematuhi prinsip pembangunan secara damai dan berusaha mempertahankan keamanan dunia.

Pemimpin dan wakil pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa turut hadir dalam majlis jamuan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China