Cari:
Ucapan Xi Jinping Dapat Perhatian Masyarakat Antarabangsa
2015-09-04 16:31:45 CRI Cetak

Ucapan Presiden China, Xi Jinping, dalam perhimpunan memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing semalam telah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Pihak media berpendapat, ucapan beliau jelas menzahirkan hasrat rakyat China untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mengenang sejarah dan mempertahankan keamanan.

Antara media antarabangsa utama yang membuat liputan mengenai ucapan Presiden Xi termasuklah Associated Press (AP), Reuters dan AFP. Manakala, sesetengah media dari Rusia, Korea Selatan dan Jepun membuat siaran langsung terhadap perbarisan tentera.

Mantan Presiden Mexico, Luis Echeverria berkata, ucapan Xi mencerminkan cita-cita rakyat China yang menghargai kedamaian, memelihara kestabilan dan kemakmuran dunia.

Anggota Parlimen Argentina, Sabino menyatakan bahawa rakyat China telah mengalami kesengsaraan dan melakukan pengorbanan yang besar dalam peperangan menentang pencerobohan Jepun. Semangat yang tidak mahu tunduk kepada militaris dan keyakinan yang tinggi telah mendapat penghormatan daripada seluruh dunia pada hari ini.

Penganalisis ketenteraan India, pula berkata, pengumuman Presiden Xi untuk mengurangkan 300 ribu anggota tentera merupakan langkah penting untuk mewujudkan modenisasi ketenteraan dan pertahanan China. Hal ini bermanfaat demi keamanan dan kestabilan serantau.

Agensi Berita Russian Today melaporkan, perbarisan tentera China semalam dan perbarisan tentera Rusia pada Mei lalu merupakan bahagian penting dalam aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China