Cari:
Putin: Hubungan dengan Asia Pasifik Amat Bermakna
2015-09-04 16:33:37 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini menyatakan bahawa rantau Asia Pasifik merupakan pemacu ekonomi dunia dan hubungan yang mantap dengan negara-negara di kawasan ini amat bermakna bagi Rusia.  

Putin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sidang pleno Forum Ekonomi Timur pertama yang diadakan di Vladivostok hari ini.

Beliau berkata walaupun timbul beberapa masalah dalam ekonomi Asia Pasifik, namun kawasan ini tetap merupakan pemacu ekonomi dunia yang menjadi pasaran komoditi dan perkhidmatan dunia yang paling penting.

Oleh itu, jalinan hubungan yang kukuh dengan negara-negara berkaitan merupakan strategi yang penting kepada Rusia. Di samping itu, kedudukan Rusia sebagai pangkalan sumber tenaga global juga dapat menjamin kepesatan pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik.  

Tambah beliau lagi, kerjasama Rusia-China dalam menggalakkan pembangunan Kesatuan Ekonomi Eurosia dan Zon Ekonomi Jalan Sutera pada Mei tahun ini dapat menyediakan peluang baharu demi menggalakkan integrasi Eurasia dan penyelarasan dengan negara-negara Asia Pasifik.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China