Cari:
Ucapan Presiden Xi Dapat Sahutan
2015-09-04 13:43:24 CRI Cetak

Ucaptama yang disampaikan Presiden Xi Jinping bersempena dengan aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia semalam mendapat sahutan daripada masyarakat antarabangsa. Sarjana dan media Asia Tenggara turut memuji ucapan tersebut.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Dr Oh Ei Sun yang turut menghadiri aktiviti semalam menegaskan bahawa ucapan Presiden Xi itu telah mengeluarkan banyak isyarat positif. Pertama, Xi menegaskan bahawa ketika dunia sekarang dilimpahi cahaya keamanan, China tetap mengingati bantuan yang dihulurkan pelbagai negara semasa perang. China tidak akan melupakan ganding bahu pelbagai negara yang berjuang menentang Fasis, yang menjadi musuh bersama seluruh umat manusia. Komitmen China ini membolehkan dunia lebih memahami proses kedamaiannya pada masa kini.

Kedua, Xi menyeru supaya seluruh umat manusia belajar daripada sejarah, membaktikan diri untuk keamanan, bersama-sama membentuk komuniti global yang berkongsi masa depan dan mempertahankan order antarabangsa berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata serta wujud bersama dan makmur bersama. Beliau menegaskan bahawa China akan mengekalkan laluan pembangunan secara damai, tidak akan mengejar hegemoni dan peluasan kuasa, dan tidak akan membawa kesengsaraan yang pernah dialami sendiri kepada mana-mana negara lain. Isyarat positif yang dikeluarkan China ini turut dialu-alukan oleh negara-negara Asia Tenggara yang pernah mengalami kesengsaraan serupa dengan China.

Ketiga, tindakan mengurangkan sebanyak 300 ribu anggota tentera yang diumumkan Presiden Xi membuktikan China komited untuk membangun secara damai. Dr Oh Ei Sun berkata, sebagai kuasa besar, China memerlukan pasukan tentera yang kuat untuk melindungi kepentingan negara, kepentingan serantau, bahkan kepentingan bersama seluruh dunia. Hal ini boleh difahami oleh kebanyakan negara yang pernah merasai keperitan perang. Tindakan China tersebut membolehkan pelbagai negara lain menumpukan lebih banyak sumber untuk pembangunan ekonomi demi kemakmuran dunia.

Pengamal media Myanmar, U Win Tin pula menyatakan bahawa aktiviti memperingati kemenangan perang berkenaan mencerminkan kesungguhan China untuk mengenangi sejarah dan mempertahankan keamanan dunia. Pengurangan anggota tentera memperlihatkan China benar-benar ikhlas mengekalkan laluan pembangunan secara damai, dan akan lebih memfokuskan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China