Cari:
Ucapan Xi Jinping Diberi Respons Positif oleh Masyarakat Antarabangsa
2015-09-05 14:31:49 CRI Cetak

Ucapan Presiden Xi Jinping pada perhimpunan memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing telah diberi respons positif oleh masyarakat antarabangsa.
Sesetengah tokoh dan media asing menganggap bahawa Presiden Xi dalam ucapannya telah mengulangi fakta sejarah iaitu "keadilan pasti menang, kedamaian pasti menang, rakyat pasti menang" kepada seluruh dunia. Ini turut mengumumkan kepada dunia bahawa China akan berusaha memelihara kedamaian dan keadilan, membangun secara damai dan mencipta kemakmuran bersama dengan negara lain.

Naib Ketua Pengarah akhbar Harian Asia Thailand, Qian Feng mengatakan, kata kunci dalam ucapan Presiden Xi Jinping ialah "kedamaian". Aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia telah mencerminkan keyakinan China dan rakyat China untuk memelihara kedamaian, sekali gus mempamerkan kemampuan China dan rakyat China untuk memelihara kedamaian.
Asahi Shimbun Jepun melaporkan bahawa ucapan Xi Jinping telah memperlihatkan sikap China yang komited membangun secara damai. China akan mengurangkan anggota tentera sebanyak 300 ribu orang. Selain itu, ucapan Xi juga menegaskan China akan memelihara order antarabangsa yang berteraskan Piagam PBB.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan bahawa Presiden Xi mengumumkan pengurangan 300 ribu anggota tentera merupakan pengurangan tentera oleh negara yang memiliki tentera paling banyak di dunia.
Pengasas Institut Schiller, kumpulan pemikir antarabangsa, Helga Zepp-La Rouche menyatakan bahawa Xi Jinping dalam ucapannya telah menegaskan model pembangunan yang saling menguntungkan, situasi menang-menang serta hidup bersama secara damai. Ini menyediakan cara penyelesaian bagi kekurangan geopolitik, iaitu punca kedua-dua perang dunia pada abad lalu. Presiden Xi juga mengingatkan bahawa memelihara kedamaian dunia merupakan usaha adil yang paling berharga pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China