Cari:
Putin: Perbarisan Tentera China Membantu Orang Awam Faham Makna Perang Dunia II
2015-09-05 14:59:49 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa ada orang di Eropah dan Asia ingin mengurangkan makna Perang Dunia II. China mengadakan perbarisan tentera memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia boleh membantu orang awam memahami maknanya tindakan menentang tanggapan itu.

Demikian kata Putin ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur di Vladivostok semalam. Beliau menyatakan bahawa makna tindakan menentang tanggapan itu adalah untuk mengelakkan perang daripada berulang lagi.

Putin menganggap bahawa perkara yang amat penting sekarang ialah membolehkan umat manusia memahami erti sebenar perjuangan menentang Nazi dan militerisme. Rusia akan berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan fakta sejarah.

Putin menganggap pemimpin dan rakyat China amat menghargai dan bertekad memelihara ingatan mereka yang menyumbang demi kebebasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China