Cari:
Kertas Putih Tibet: Tahap Pemodenan Tibet Meningkat
2015-09-06 15:59:04 CRI Cetak

Menurut Kertas Putih Tibet yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini, dengan pelaksanaan sistem pentadbiran wilayah autonomi di Tibet, pembangunan sosioekonomi di wilayah itu meningkat ke tahap baharu, pemodenan kian meningkat, hak hidup dan membangunan penduduk Tibet terjamin.

Berdasarkan kertas putih itu, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tibet meningkat kepada RMB 92.08 bilion yuan (RM60.18 bilion) pada tahun 2014 daripada RMB 327 juta yuan (RM213.7 juta) pada tahun 1965, iaitu meningkat 281 kali ganda. Sejak tahun 1994, pertumbuhan KDNK di Tibet mencatat 12.4% secara purata setiap tahun .

Di samping itu, sistem pengangkutan bersepadu yang meliputi jalan raya, kereta api dan penerbangan telah dibentuk. Jalan raya di wilayah Tibet sepanjang 750 ribu kilometer. Syarikat Penerbangan Tibet ditubuhkan dan terdapat 8 syarikat penenerbangan beroperasi di Tibet dengan 48 laluan penerbangan yang menghubungkan Tibet dengan 34 bandar dalam dan luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China