Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) diadakan di Ankara, Turki pada 4 hingga 5 Semptember lalu. Gebenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan dan Menteri Kewangan, Lou Jiwei mengetuai delegasi China menyertai mesyuarat tersebut.
Para peserta berpendapat, walaupun ekonomi sesetengah negara bertumbuh dengan pesat, namun pertumbuhan ekonomi global masih rendah daripada jangkaan. Para peserta berjanji akan mengambil tindakan menggalakkan ekonomi global ke tahap normal dan berkeyakinan untuk mempercepat pemulihan ekonomi global.
Zhou Xiaochuan dalam mesyuarat itu menyatakan, sehingga pertengahan bulan Jun lalu, gelembung di pasaran saham China terus meningkat. Kerajaan China telah bertindak memperkenalkan dasar untuk mengelakkan kejatuhan bursa saham dan risiko kewangan sistematik daripada berlaku.
Beliau menambah, disebabkan kenaikan nilai dolar Amerika (USD), keturunan nilai mata wang entiti-entiti pasaran baru muncul serta pergolakan pasaran kewangan antarabangsa, nilai mata wang renminbi (RMB) menurun sedikit. Namun, situasi ekonomi di China tidak berubah pada umumnya, dan masih mengekalkan lebihan perdagangan. Oleh itu, nilai RMB tidak akan menurun dalam jangka panjang. Kini, kadar pertukaran RMB dengan USD telah stabil.
Lou Jiwei pula berkata, situasi ekonomi China masih dalam jangkaan. Pertumbuhan ekonomi di negara ini dijangka pada kadar 7% pada 4 hingga 5 tahun akan datang.