Cari:
Ucapan Xi Jinping Disambut Baik Masyarakat Antarabangsa
2015-09-06 14:58:44 CRI Cetak

Ucapan Presiden Xi Jinping pada perhimpunan memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing mendapat sambutan baik daripada masyarakat antarabangsa, khususnya kenyataan yang menyebut "China akan terus mengekalkan pembangunan damai" dan "selama-lamanya tidak berhegomoni". Sesetengah tokoh asing menganggap bahawa Presiden Xi dalam ucapannya telah menunjukkan komitmen China untuk menunaikan tanggungjawab sebagai negara besar yang bertanggungjawab dan berhasat untuk memberikan sumbangan demi keamanan dan pembangunan dunia, serta meneroka masa depan umat manusia yang lebih cerah.

Pengerusi Persatuan Kerjasama Sosial dan Budaya Sri Lanka-China, Indrananda Abeysekera menganggap bahawa ucapan Presiden Xi menunjukkan kemampuan dan hasrat China demi mewujudkan kedamaian dunia.

Penyelidik kanan S. Rajaratnam School of International Studies of Singapore Nanyang Technological University, Oh Ei Sun menyatakan bahawa Presiden Xi mengumumkan China akan mengurangkan jumlah anggota tentera sebanyak 300 ribu orang, merupakan kesungguhan China sebagai negara besar demi memelihara kedamaian dunia dan turut menunjukkan hasrat China untuk menggalakkan pusingan baharu perlucutan senjata, supaya pelbagai negara boleh mengalihkan lebih banyak sumber dalam pembangunan ekonomi.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menyatakan bahawa China sebagai sebuah negara besar sentisa berusaha untuk memelihara kedamaian dan keselamatan dunia, tidak pernah menceroboh negara lain. China memainkan peranan penting dalam perjuangan pembebesan di benua Afrika. Kini, hubungan China-Afrika Selatan berada pada fasa perkembangan yang baharu. Kedua-dua negara sedang merapatkan kerjasama demi menggalakkan pengindustrian dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Afrika.

Presiden Universiti Sains Hochschule Stralsund Jerman, Falk Höhn menyatakan bahawa ucapan Presiden Xi mengenai kandungan "selama-lamanya tidak berhegmoni dan tidak melakukan peluasan ke luar" memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai. Ucapan beliau jelas memberikan isyarat kepada dunia bahawa China tidak akan menjadi ancaman kepada negara lain. Ini amat penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China