Cari:
Kertas Putih Tibet: Pendapatan Penduduk Tibet Meningkat Pesat
2015-09-06 15:11:28 CRI Cetak

Menurut Kerta Putih Tibet yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini, pendapatan penduduk bandar dan luar bandar di Tibet meningkat dengan pesat,  keadaan tempat tinggal dibaiki dan jumlah orang miskin banyak menurun selepas Wilayah Autonomi Tibet ditubuhkan 50 tahun lalu.

Menurut kertas putih itu, pendapatan boleh guna per kapita penduduk bandar dan pekan di Tibet mencatat RMB 22,016 (RM14,390) pada tahun 2014, angka ini meningkat 38 kali ganda berbanding dengan tahun 1978 iaitu RMB 565 (RM369), meningkat 10.7% secara purata setiap tahun.

Menurut kertas putih itu pula, keadaan tempat tinggal penduduk bandar dan luar bandar di Tibet banyak dibaiki. Projek pembinaan rumah demi petani dan penggembala di Tibet yang mula dilaksanakan pada tahun 2006 membolehkan 2.3 juta orang memiliki rumah yang selamat dan selesa.

Dalam pada itu, projek pembinaan kemudahan bekalan air, elektrik, jalan raya, gas, komunikasi, perkhidmatan pos, radio dan TV, serta persekitaran tinggal yang indah turut dilaksanakan di Tibet.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China