Cari:
Ucaptama Presiden Xi, Tumpuan Media HK
2015-09-07 14:46:29 CRI Cetak

Ucaptama yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping, bersempena dengan upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia pada 3 September lalu menjadi tumpuan media Hong Kong.

Akhbar Ta Kung Pao melaporkan, seperti yang disebut Presiden Xi, pengajaran dan iktibar daripada sejarah tidak akan luput mengikut peredaran zaman. Sebarang tindakan yang menafikan dan memperelok sejarah pencerobohan pasti mendapat kritikan.

Menurut akhbar Wen Wei Po, ucaptama tersebut memperlihatkan penghayatan yang mendalam rakyat China terhadap sejarah hitam yang pernah dilalui 70 tahun lalu, dan harapan yang ingin dicapai pada masa akan datang, iaitu rakyat China yang mencintai keamanan bersedia untuk memupuk kesedaran mengenai komuniti berkongsi masa depan bersama-sama dengan rakyat seluruh dunia, selain menyemarakkan semangat patriotik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China