Serangan kumpulan pelampau Negara Islam (IS) terhadap Tikriti, bandar utama di utara Iraq semalam, berjaya dipatahkan oleh tentera Iraq.
Menurut seorang pegawai keselamatan tempatan yang enggan namanya didedahkan, lebih 100 anggota IS melancarkan serangan terhadap pusat bandar Tikriti pada tengah malam, lalu mencetuskan pertempuran yang sengit dengan tentera Iraq dan militia di situ.
Tentera udara Iraq juga menghantar helikopter untuk membantu tentera darat dalam pertempuran tersebut. Selepas bertempur selama beberapa jam, IS telah berundur ke kawasan padang pasir di pinggir bandar.
Menurut pegawai keselamatan tersebut, sekurang-kurangnya lima anggota IS ditembak mati dalam pertempuran itu.