Cari:
Israel Bina Tembok Sempadan di Selatan
2015-09-07 16:27:51 CRI Cetak

Israel mula menjalankan projek pembinaan tembok di sempadan selatannya dengan Jordan semalam. Menurut Pejabat Perdana Menteri Israel, projek tersebut bakal menelan kos kira-kira USD 72 juta.

Fasa pertama melibatkan pembinaan tembok sepanjang 30 kilometer dari Eilat, iaitu bandar paling selatan negara itu, mengarah ke utara hingga ke kawasan Arave.

Tembok itu akan dibina dengan jaringan dawai yang dilengkapi dengan sistem pengawasan berteknologi tinggi.

Projek berkenaan akan diteruskan dengan pembinaan tembok dari Lembah Jordan ke kawasan Bukit Golan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semasa meninjau tapak pembinaan tembok itu berkata, Israel yang berdepan dengan cabaran daripada "kumpulan pengganas dan pendatang haram", mesti mempunyai kemampuan untuk mengawal sempadan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China