Cari:
Eropah Tidak Boleh Abai Krisis Pelarian
2015-09-08 15:39:55 CRI Cetak

Benua Eropah yang luas dan kaya berupaya untuk menerima 300 ribu pelarian. Eropah tidak boleh mengabaikan dan memandang sebelah mata krisis pelarian tersebut.

Demikian dinyatakan Presiden Perhimpunan Parlimen Majlis Eropah (PACE), Anne Brasseur semalam, selepas pulang dari Persidangan Speaker-speaker Parlimen Dunia ke-4 di New York.

Dalam tempoh persidangan tersebut, Brasseur telah bertemu dengan beberapa speaker parlimen, pegawai kanan PBB dan wakil pertubuhan bukan kerajaan. Melalui perbualan dengan pegawai tersebut, beliau dapat merasai ketidakpuasan hati mereka terhadap ketidakcekapan Eropah dalam menangani krisis pelarian.

Brasseur menegaskan, 300 ribu orang pelarian bukan jumlah yang kecil, namun bagi Eropah tentunya jumlah tersebut bukan satu masalah.

Eropah sedang mendepani krisis kemanusiaan ekoran isu pelarian dan kejadian yang berlaku setiap hari memburukkan lagi krisis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China