Cari:
Pemimpin China Mampu Terajui Transformasi Ekonomi
2015-09-08 14:54:02 CRI Cetak

Negara Barat selalu membuat reaksi yang keterlaluan mengenai ekonomi China, sehingga membuat penilaian yang kurang objektif dalam hal tersebut.

Kenyataan itu dibuat oleh mantan Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin semasa menyampaikan ucapan dalam Sidang Kemuncak Usahawan China-Eropah ke-6, di Paris semalam.

Menurut beliau, dalam anasis terhadap ekonomi China, dunia Barat sentiasa membuat rumusan tidak lengkap berdasarkan situasi sementara, tanpa mempertimbangkan faktor modal insan dan kewangan yang merupakan tonggak utama ekonomi negara ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan pemimpin China untuk menerajui pertumbuhan dan transformasi ekonomi.

Kata beliau, pemulihan ekonomi global yang lebih lemah daripada jangkaan menyebabkan sesetengah entiti ekonomi baru muncul turut terkena tempias.

Dalam pada itu, China telah memberikan sumbangan untuk menyelesaikan isu-isu global dan serantau dengan menyepadukan kepentingannya sendiri dan kepentingan dunia.

Tambah beliau lagi, China sedang mengalami transformasi penting daripada "kilang dunia" kepada "banker", yang menyaksikan jumlah pelaburannya di luar negeri semakin meningkat. Oleh itu, negara-negara Eropah tidak seharusnya melihat pelaburan China sebagai "risiko", sebaliknya bekerjasama dengan China dalam bidang pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China