Cari:
Eropah Digesa Bergabung Tenaga Hadapi Krisis Pelarian
2015-09-09 14:47:57 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa negara-negara Eropah agar mengambil tanggungjawab menangani krisis pelarian selaras dengan piawaian yang termaktub dalam amalan kemanusiaan antarabangsa.

Gesaan tersebut dibuat oleh Ban melalui jurucakapnya, Stephane Dujarric, dalam sidang media semalam.

Ban telah menghubungi pemimpin Austria, Czech, Jerman, Greece, Hungary, Poland and Slovakia mengenai isu pelarian melalui telefon.

Beliau menegaskan, kebanyakan orang yang memasuki Eropah adalah pelarian yang mahu menyelamatkan diri daripada peperangan dan keganasan. Mereka berhak mendapat perlindungan tanpa sebarang diskriminasi.

Tambah beliau, PBB bersedia untuk terus memberi sokongan kepada Eropah bagi menangani krisis tersebut secara tuntas.

PBB akan mengadakan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Isu Imigran dan Pelarian di New York pada 30 September ini.

Pada hari yang sama, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Melissa Fleming juga menyatakan bahawa situasi di Syria dan negara-negara jirannya semakin buruk, sehingga menyebabkan pelarian Syria terpaksa menyeludup masuk ke Eropah.

Beliau turut menegaskan, krisis pelarian ini mustahil dapat diselesaikan tanpa kerjasama daripada semua negara benua Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China