Cari:
Rusia Hantar Bantuan Kemanusiaan melalui Laluan Baharu
2015-09-10 15:27:14 CRI Cetak

Rusia akan berhenti menggunakan ruang udara Greece dan Bulgaria dan memilih laluan baharu untuk menghantar barang bantuan kemanusiaan kepada Syria.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov, semalam berkata, selepas Greece dan Bulgaria menutup koridor penerbangan yang digunakan oleh Rusia untuk menghantar barang bantuan kemanusiaan kepada Syria, Rusia akan mencari alternatif laluan baharu.

Namun, beliau masih belum menyatakan dengan jelas ruang udara milik negara mana yang akan digunakan untuk menghantar bantuan kemanusiaan tersebut.

Tambah beliau lagi, di bawah tekanan pihak AS dan Kesatuan Eropah (EU), sesetengah negara terpaksa meninggalkan kewajipan antarabangsa untuk membuka ruang koridor penerbangan kepada pesawat yang menghantar barang bantuan kemanusiaan. Rusia berasa kesal dengan tindakan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China