Cari:
PM Li Bertemu Klaus Schwab
2015-09-10 15:39:21 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab dan tokoh-tokoh lain yang menghadiri Forum Davos Musim Panas 2015, di Pusat Persidangan Antarabangsa Dalian petang semalam.

Li berkata, ekonomi dunia masih kuang kukuh pada masa kini. Pemulihannya memerlukan pertumbuhan yang kukuh, mampan dan seimbang. Oleh sebab itu, negara-negara terlibat perlu bersatu tenaga dan memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi merangka cetakan biru pertumbuhan ekonomi yang baharu.

Tambah beliau lagi, China mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada julat yang munasabah. Ekonomi China masih merupakan penggerak utama pertumbuhan ekonomi dunia. China akan terus memperincikan reformasi secara komprehensif dan meningkatkan tahap keterbukaannya.

Li juga menegaskan, China bersedia untuk bersama-sama dengan syarikat multinasional meneroka pasaran domestik dan pasaran pihak ketiga demi merealisasikan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Schwab pula berkata, pengaruh Forum Davos Musim Panas yang semakin besar mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap prospek pembangunan ekonomi China. WEF bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan China.

     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China