Upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang diadakan oleh China mencerminkan iltizam rakyat negara ini untuk memelihara kedamaian dunia.
Demikian pandangan pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa yang menghadiri upacara tersebut di Beijing pada 3 September lalu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, pihaknya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan terhadap ucaptama Presiden Xi Jinping dalam upacara memperingati kemenangan perang berkenaan, yang menyatakan komitmen China dalam mengekalkan pembangunan secara damai.
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma berkata, upacara tersebut memperlihatkan keazaman China untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi mengekalkan kedamaian dan keselamatan dunia.
Sebagai sebuah kuasa besar, China sanggup membaktikan diri untuk keamanan dunia dan tidak pernah melakukan pencerobohan terhadap negara lain.