Cari:
Lawatan Presiden Xi ke AS Mustahak
2015-09-10 13:37:30 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke AS pada penghujung bulan ini amat penting bagi membantu memantapkan masa depan hubungan kedua-dua negara.

Demikian pandangan pakar isu hubungan China-AS dalam Seminar Hubungan China-AS yang diadakan di Beijing semalam.

Naib Ketua Pengarah Institut Pengajian Antarabangsa China (CIIS), Ruan Zongze berkata, makna hubungan antara China dengan AS sudah melangkaui hubungan dua hala, dan semakin signifikan kepada global.

Kestabilan hubungan China-AS bukan sahaja bermanfaat bagi rakyat kedua-dua negara, malah penting demi keamanan dan pembangunan rantau Asia Pasifik dan sejagat.

Ketua Pengarah Institut Pengajian AS, Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Da Wei berpendapat bahawa lawatan Presiden Xi ke AS ini diadakan pada "saat penting" perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Walaupun hubungan dua hala tetap stabil pada keseluruhannya, namun beberapa isu termasuk isu Laut China Selatan, keselamatan siber dan ekonomi China, yang dibangkitkan sejak awal tahun ini, telah menimbulkan kesangsian pihak AS.

Sehubungan dengan itu, lawatan Presiden Xi diharap membantu menghapuskan kebimbangan dan kesangsian pelbagai lapisan masyarakat AS dalam isu-isu tertentu. Hal ini berfaedah bagi kedua-dua pihak.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China