Namun, jumlah tersebut masih jauh daripada yang dituntut oleh pertubuhan antarabangsa.
Sejak krisis Syria tercetus pada tahun 2011, AS hanya menerima kira-kira 1,500 orang pelarian Syria sahaja. Hal itu menyebabkan AS ditempelak hebat kerana sikapnya yang mendiamkan diri dalam krisis pelarian Eropah.
Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) dan Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) Britain turut mengkritik tindakan AS dalam menangani krisis tersebut sebagai "teruk" dan "tidak berupaya", dan menganggap negara itu patut menerima 65 ribu orang pelarian.