Cari:
Syria Guna Senjata Rusia Banteras Keganasan
2015-09-11 14:06:45 CRI Cetak

Syria berjanji akan memanfaatkan senjata yang dibeli daripada Rusia untuk tujuan membanteras keganasan sahaja. Perjanjian itu termaktub dalam kontrak jual beli senjata kedua-dua negara. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, semalam.

Menurut jurucakap itu, bantuan ketenteraan Rusia kepada Syria tidak mempunyai tujuan lain, selain menyokong usaha antikeganasan di negara tersebut. Pembekalan senjata oleh Rusia kepada Syria tidak mencabuli Undang-undang Antarabangsa.

Tambah beliau lagi, Rusia tidak pernah menyembunyikan kerjasama teknologi ketenteraan dengan Syria. Rusia akan terus melaksanakan kewajipan dalam kerjasama tersebut kerana Syria tidak dikenakan embargo senjata.

Sebelum ini, terdapat laporan media AS yang menyatakan bahawa Rusia sedang merancang untuk menempatkan tentera dalam jumlah yang besar di Syria.

Sehubungan dengan itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, dalam sidang media semalam berkata, kakitangan tentera Rusia telah ditempatkan di Syria sejak sekian lama.

Tugas mereka adalah untuk memberikan latihan kepada tentera Syria dalam menggunakan kelengkapan senjata yang dibeli daripada Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China