Cari:
China Tentang Kekerasan terhadap Orang Awam  
2015-09-11 14:08:46 CRI Cetak

China dengan tegas menentang kekerasan dalam apa-apa juga bentuk terhadap orang awam yang tidak berdosa. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, dalam sidang media semalam ketika diminta mengulas laporan mengenai seorang warga China yang ditahan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) baru-baru ini.

Kerajaan China sedang berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti laporan tersebut.

Ketika menjawab soalan wartawan mengenai sinergi antara kerajaan China dengan Thailand berhubung dengan insiden serangan bom di Bangkok, jurucakap itu berkata, pihaknya memberikan perhatian kepada siasatan insiden tersebut, dan akan terus mengintensifkan kerjasama keselamatan dengan pihak-pihak terlibat.

Tambah jurucakap itu lagi, sesiapa sahaja yang terlibat dalam kegiatan jenayah, tidak kira di mana-mana sekali pun, wajar dikenakan tindakan undang-undang.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China