Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) ke-20 yang bertemakan "Bertindak Demi Pembangunan Mampan dan Inklusif" diadakan di Naypyidaw, Myanmar pada 9 hinga 10 September lalu.
Mesyuarat tersebut telah membahaskan rangka strategi pembangunan urbanisasi GMS, serta memaklumkan keadaan pelaksanaan projek kerjasama pelaburan rangka kerja subkawasan dan bidang kerjasama lain yang diberikan keutamaan.
Para peserta juga mengadakan perbincangan mengenai usaha menyelaraskan mekanisme kerjasama GMS dengan pelbagai inisiatif kerjasama seperti pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN dan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR).