Cari:
PAP Kekal Berkuasa
2015-09-12 15:50:52 CRI Cetak

Parti Tindakan Rakyat (PAP) kembali berkuasa selepas memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum Singapura.

Sementara itu, parti pembangkang, Parti Pekerja (WP) pula memenangi enam kerusi.

Keputusan pilihan raya yang diumumkan pagi tadi menunjukkan, PAP telah meraih 69.86 peratus undi popular, lebih tinggi daripada 60.14 peratus yang dimenangi dalam pilihan raya lalu.

Ini bermakna, PAP yang memerintah Singapura sejak 1959 terus mendapat mandat kukuh rakyat untuk menerajui kepemimpinan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam sidang media selepas pilihan raya tersebut berkata, PAP memperoleh sokongan ramai pengundi muda. Hal ini amat penting bagi masa depan Singapura. Tambah beliau lagi, PAP komited menunaikan segala komitmen agar tidak mensia-siakan harapan rakyat.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China