Rakyat AS semalam memperingati ulang tahun ke-14 serangan pengganas 11 September 2001 yang meragut hampir 3,000 nyawa, sebagai tanda kesedihan yang tidak dilupakan.
Presiden AS, Barack Obama dan pegawai-pegawai kerajaan turut menghadiri upacara berkabung bagi mangsa serangan tersebut, di Washington.
Mereka bertafakur selama satu minit pada pukul 8.46 pagi (waktu tempatan) iaitu serangan pertama pengganas pada bangunan setinggi 110 tingkat yang runtuh.
Upacara yang sama turut diadakan di Memorial 9/11, New York, dihadiri ratusan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa serangan berkenaan.