Cari:
Ekonomi China, Tumpuan Forum Davos
2015-09-12 16:50:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Davos Musim Panas berakhir di bandar Dalian, China semalam. Keadaan semasa dan prospek ekonomi China menjadi tumpuan forum tersebut.

Ramai peserta telah menyuarakan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi China. Mereka berpendapat bahawa prestasi ekonomi China kekal baik. China tetap pemangkin ekonomi dunia, meskipun ekonomi negara ini juga mengalami naik turun dalam proses pengubahsuaian strukturnya.

Profesor Justin Yifu Lin dari Institut Pembangunan Negara, Universiti Peking berkeyakinan penuh bahawa China mampu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar kira-kira 7%.

Beliau berkata, hutang negara China hanya menduduki 40% jumlah Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK). China juga mempunyai rizab pertukaran asing sebanyak lebih USD 3 trilion. Sementara itu, kadar tabungan rakyatnya juga agak tinggi. Oleh itu, China berupaya untuk mengekalkan pertumbuhan pelaburan pada kadar yang tinggi bagi menjana pertumbuhan pendapatan dan penggunaannya.

Tambah beliau lagi, keadaan tersebut tidak akan mengalami perubahan besar, yang turut menjamin kemampanan pembangunan ekonomi China.

Naib Presiden Eksekutif Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), Zhang Xiaoqiang menyatakan bahawa China mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, namun prestasi pasaran sahamnya kurang memuaskan. Hal ini mencerminkan pasaran saham China yang hanya beroperasi selama 20 tahun masih kurang matang. Zhang mengingatkan para pelabur dan penyelia supaya menimba pengalaman berkenaan. Beliau bagaimanapun berkata, pergolakan pasaran saham tidak akan mengubahkan trend pertumbuhan ekonomi China.

Naib Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Zhu Min juga berpendapat bahawa impak pasaran saham terhadap ekonomi China amat terhad. Menurut beliau, transformasi struktur ekonomi serta usaha inovasi amat penting bagi China untuk mewujudkan pembangunan lestari.   

Menteri Kabinet Jepun, Yasutoshi Nishimura pula menyatakan bahawa pembinaan infrastruktur yang berkualiti tinggi amat penting bagi Asia. China dan Jepun mempunyai ruang kerjasama yang besar dalam bidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China