Cari:
China Enjin Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2015-09-12 16:52:08 CRI Cetak

Ekonomi China yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia, adalah kekuatan utama bagi memantapkan ekonomi global. Demikian pandangan daripada rencana pengulas yang diterbitkan di laman web "people. cn" China baru-baru ini.

Rencana itu berbunyi bahawa pada masa ini, agregat ekonomi China sudah melebihi USD 10 trilion, iaitu 13.4% daripada agregat ekonomi sejagat. Sementara itu, pelaburan China di seberang laut mengekalkan peningkatan yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Penyertaan China secara aktif dalam usaha pembinaan infrastruktur di sesetengah negara membangun memainkan peranan penting bagi menjana perkembangan sosioekonomi tempatan.

Di samping itu, China juga menyediakan pasaran yang berpotensi besar kepada banyak negara di dunia. Pengimportan China terus meningkat sedangkan pertumbuhan ekonomi dunia masih lemah pada masa ini. Hal ini membantu menstabilkan ekonomi negara-negara yang bergantung pada pengeksportan sumber tenaga dan bahan mentah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China