Cari:
Masyarakat Cina di AS Alu-alukan Lawatan Xi
2015-09-13 15:42:16 CRI Cetak

Masyarakat Cina di AS mengalu-alukan lawatan Presiden Xi Jinping ke AS. Mereka berpendapat, lawatan ini akan memperkasakan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara, memperluas kerjasama dua hala dan menggalakkan pembangunan sihat hubungan China-AS.

Ahli Majlis Perbandaran New York, Peter Koo menyatakan, usaha meningkatkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya, perniagaan dan pendidikan amat penting bagi memperkasakan hubungan antara China dengan AS. Lawatan Presiden Xi akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi kedua-dua negara.

Baru-baru ini, Dewan Senate dan Dewan Perwakilan Negeri New York telah meluluskan satu resolusi mengenai usaha menggalakkan kerjasama dengan China. Resolusi itu menegaskan bahawa New York komited mengeratkan hubungan dengan China melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan. New York mengalu-alukan lawatan Presiden Xi ke AS, dan yakin lawatan tersebut akan memangkin hubungan antara AS dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China