Cari:
Raja Arab Saudi Arah Siasat Insiden Kren Tumbang
2015-09-13 15:43:24 CRI Cetak

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengarahkan supaya siasatan dijalankan sehingga ke akar umbinya bagi mengenal pasti punca insiden kren tumbang yang berlaku di Masjidilharam, Mekah.

Baginda yang mengadakan tinjauan di lokasi kejadian malam tadi berkata, Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan tempat suci bagi umat Islam. Pihaknya tidak membenarkan sebarang pengabaian dalam perkhidmatan untuk umat Islam di kedua-dua tempat suci itu.

Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh, manakala lebih 200 lagi cedera dalam insiden kren tumbang yang berlaku di Masjidilharam, apabila lebih 10 ribu jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan pada petang 11 September lalu. Ramai daripada mangsa tersebut ialah jemaah dari Indonesia dan India.

Pihak berkuasa Arab Saudi sedang membaik pulih bahagian bangunan yang rosak di Masjidilharam. Menurut pihak berkuasa keagamaan Arab Saudi, acara ibadah haji tetap akan diadakan pada 21 September ini.  

   

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China