Cari:
Dua Jemaah Haji China Cedera dalam Insiden Kren Tumbang di Masjidilharam
2015-09-14 12:30:43 CRI Cetak

Dua jemaah haji China mengalami kecederaan dalam insiden kren tumbang yang berlaku di Masjidilharam, Mekah pada 11 September lalu.  

Ketua Kumpulan Jemaah Haji China yang juga Naib Presiden Persatuan Agama Islam China, Adilijiang berkata, dua orang jemaah haji China yang cedera itu berusia 60 tahun ke atas dan berasal dari Xinjiang. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan pada kaki akibat terkena batu marmar yang terpelanting disebabkan oleh kren yang tumbang itu. Mereka sedang menerima rawatan di hospital, dan dijangka akan sembuh sebelum kemuncak ibadat haji, iaitu hari wukuf di Arafah.

Menurut Adilijiang, seramai 14,500 jemaah haji dari pelbagai tempat China antaranya termasuklah Xinjiang, Niangxia, Yunnan dan Gansu menyertai ibadat haji di Mekah pada tahun ini. 

 

Insiden kren tumbang di Masjidilharam telah menyebabkan 107 jemaah haji terbunuh, manakala lebih 200 lagi cedera setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China