Satu sindiket yang disyakit terlibat dalam penjualan mata wang maya menerusi Internet dengan menggunakan rangkaian pemasaran telah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis bandar Lianyungang, Jiangsu China baru-baru ini. Seramai 12 orang suspek, termasuk seorang warga Malaysia turut ditahan polis.
Sindiket itu dipercayai menjalankan urus niaga haram di 23 buah negara, dengan menarik 220 ribu orang berdaftar untuk menyertai rangkaian pemasaran dari pelbagai negara.