Cari:
Rusia Bekalkan Senjata kepada Syria untuk Tujuan Antikeganasan
2015-09-14 13:01:30 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, semalam menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan kerjasama teknologi ketenteraan dengan Syria, tujuannya sama sekali adalah untuk membanteras kegiatan keganasan.

Sergei Lavrov menegaskan bahawa kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah antara ancaman utama kepada keselamatan dunia. Dalam tempoh tiga tahun lalu, IS telah menduduki banyak wilayah di Iraq dan Syria dan berniat untuk memperluas kuasa mereka di kawasan Afrika Utara.

Tentera Syria merupakan kuasa yang berkesan dalam memerangi IS dan cubaan untuk menghalang mereka adalah tidak masuk akal. Pakatan antarabangsa yang diketuai AS akan lebih berjaya memerangi IS sekiranya dapat menyelaraskan tindakan dengan kerajaan Syria.

Lavrov menyatakan bahawa serentak dengan pembekalan senjata kepada Syria, Rusia juga akan menghantar pakar ketenteraan ke Syria untuk membantu mereka menggunakan senjata berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China