Dalam mesyuarat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri anggota Kesatuan Eropah (EU) semalam, semua pihak telah mencapai persetujuan mengenai pemindahan dan penempatan seramai 40 ribu pelarian yang memasuki Itali dan Greece dalam tempoh dua tahun.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Luxembourg, dan selaku negara pengerusi bergilir EU dalam mesyuarat tersebut menyatakan bahawa persetujuan yang telah dicapai adalah demi kepentingan politik. Berdasarkan persetujuan tersebut, EU akan membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil dalam rancangan penempatan semula pelarian.
EU akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak 6000 euro seorang kepada negara anggota EU yang menerima pelarian.