Cari:
Arab Saudi Berikan Pampasan kepada Mangsa Insiden Kren Tumbang di Masjidilharam
2015-09-16 14:55:33 CRI Cetak

Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz Al Saud bertitah agar mangsa tragedi kren tumbang di Masjidilharam Mekah diberikan bantuan dan pampasan.

Menurut titah baginda, kerajaan Arab Saudi akan memberikan pampasan sebanyak satu juta Riyal, iaitu kira-kira RM 1.15 juta kepada waris mangsa dan mangsa yang mengalami kecacatan kekal serta sebanyak 500 ribu Riyal, iaitu kira-kira RM 573 ribu kepada mangsa yang cedera.

Baginda juga akan mengundang jemaah haji yang cedera dan tidak dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini untuk menunaikan ibadat haji dengan pakej jemputan Diraja pada tahun depan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China