Cari:
China Gesa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Nuklear Iran
2015-09-16 15:41:15 CRI Cetak

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Wang Min semalam menyatakan perjanjian komprehensif nuklear Iran bermanfaat bagi memelihara sistem pengawalan nuklear antarabangsa dan membantu menggalakkan keamanan dan kestabilan di Asia Barat. Oleh itu, China berharap agar semua pihak yang terlibat melaksanakan perjanjian itu dengan sempurna.

Dalam sesi taklimat Majlis Keselamatan PBB, Wang Min menyatakan bahawa persepakatan yang dicapai dalam perjanjian itu hanya langkah pertama bagi menyelesaikan isu nuklear Iran, kerja susulan yang lebih penting adalah melaksanakan perjanjian tersebut. China berharap agar semua pihak dapat meneruskan usaha ke arah yang sama dan menggalakkan Iran meningkatkan dialog dan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurut beliau, China sentiasa aktif sebagai perantara dalam proses perundingan mengenai isu nuklear Iran dan telah memainkan peranan yang membina. China akan terus mengeratkan komunikasi dengan semua pihak yang terlibat demi menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan perjanjian tersebut pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China