Cari:
Beijing Tingkatkan Tahap Keterbukaan Sektor Perkhidmatan
2015-09-16 18:24:12 CRI Cetak

Kerajaan Beijing akan terus meningkatkan tahap keterbukaan sektor perkhidmatan terhadap dunia luar dalam enam bidang, iaitu sains dan teknologi, teknologi maklumat, kebudayaan dan pendidikan, kewangan, perniagaan dan pelancongan serta kesihatan dan perubatan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Datuk Bandar Beijing, Cheng Hong, dalam sidang media di Beijing hari ini.

Projek rintis sektor perkhidmatan di Beijing dijangka memakan masa selama tiga tahun bagi menyediakan akses pasaran, model pengawalseliaan dan mengoptimumkan persekitaran pasaran. Pengalaman daripada projek rintis itu akan diperkenalkan kepada pelbagai tempat di negara ini dalam usaha mengembangkan keterbukaan sektor perkhidmatan negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China