Cari:
Syarat Akses Pelaburan Asing ke China Dikurangkan
2015-09-16 19:09:54 CRI Cetak

Hasil pembaharuan dapat dilihat secara beransur-ansur seiring dengan China pelaksanaan langkah-langkah untuk mengintensifkan pembaharuan secara komprehensif. Serentak dengan itu, tahap keterbukaan terhadap dunia luar juga semakin luas.

Demikian dinyatakan pegawai Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara China di Beijing hari ini.

Kerajaan China kini menjadikan usaha mengintensifkan pembaharuan secara komprehensif sebagai misi utama pentadbiran dan tenaga penggerak dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Dalam sidang media di Dewan Negara China petang tadi, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara China, Lian Weiliang menyatakan bahawa hasil pembaharuan China boleh dilihat, terutamanya dari segi inovasi dan keusahawanan yang semakin meningkat, langkah transformasi industri dipercepat dan pembangunan antara bandar dengan luar bandar juga semakin seimbang.

Ketika membicarakan kerjasama dengan negara asing, Lian Weiliang menyatakan bahawa syarat akses bagi pelaburan asing ke China telah dikurangkan.

Dalam panduan pelabur asing edisi baharu yang dikeluarkan pada bulan Mac lalu, tahap keterbukaan sektor industri perkhidmatan dan industri pembuatan am kepada pelabur asing semakin luas, katalog sekatan dikurangkan daripada 79 buah kepada 38 buah dan projek-projek larangan juga dikurangkan kepada 36 buah. Selain itu, katalog sekatan terhadap projek usaha sama dan kerjasama juga dikurangkan daripada 43 buah kepada 15 buah.

Menurut maklumat berkenaan, China sedang mengkaji mekanisme pembaharuan dalam industri minyak dan gas asli.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China