Cari:
Lawatan Presiden Xi ke AS dan PBB, Petanda Signifikan
2015-09-17 12:10:10 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke AS bermula dari 22 hingga 25 September ini atas undangan rakan sejawatnya Barack Obama, selepas itu menghadiri Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan PBB pada 26 hingga 28 September nanti. Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan lawatan Presiden Xi yang dibuat ketika dunia memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis serta penubuhan PBB ini sebagai amat signifikan. Lawatan yang membawa hasrat untuk bekerjasama rapat antara negara dan menyumbang kepada pembangunan damai dunia itu pasti merupakan petanda penting dalam hubungan China-AS malah proses perdamaian dunia.

Menurut Wang Yi, berinteraksi dengan rakyat tempatan merupakan komponen yang agak menarik daripada agenda lawatan Presiden Xi. Dimaklumkan, pada ketika lawatan nanti, Xi akan mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk melakukan interaksi dengan usahawan perniagaan dan perdagangan serta tokoh-tokoh dari persatuan persahabatan dan lain-lain di negeri-negeri AS, selain membuat ucapan di depan khalayak ramai.

Ketika menyebut tentang perselisihan yang wujud antara Washington dengan Beijing serta beberapa masalah dan cabaran yang baru muncul, Wang Yi berpendapat, kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi strategik supaya mengelak membuat pertimbangan yang tidak munasabah. Oleh itu, memperkuat keyakinan dan menghilangkan kecurigaan adalah salah satu keutamaan lawatan berkenaan. Presiden Xi akan menyelaraskan hala tuju perkembangan China-AS, keinginan strategik masing-masing, kepentingan bersama yang semakin bertambah serta tanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan melalui perundingan dengan Presiden Obama serta pertemuan bersemuka dengan tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarkat negara itu.

Selepas lawatan tersebut, Presiden Xi akan membentangkan konsep pembangunan yang berteraskan keadilan, keterbukaan, inklusif dan kreativiti pada Sidang Kemuncak PBB, di samping mempengerusikan Sidang Meja Bulat mengenai Kerjasama Selatan-Selatan dan Sidang Kemuncak Wanita Global serta menghadiri aktiviti berhubung penyelesaian masalah perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China