Cari:
Lawatan Presiden Xi Jinping ke AS dan PBB Lakar Sejarah Penting
2015-09-17 11:40:13 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan bahawa Presiden China, Xi Jinping telah diundang untuk melawat ke AS dan menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan. Ini merupakan kali pertama Presiden Xi mengadakan lawatan rasmi ke AS dan ibu pejabat PBB. Lawatan kali ini mempunyai nilai sejarah yang penting kerana bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan Penubuhan PBB.

Dalam Forum Lanting kali ke-14 yang diadakan di Kementerian Luar China semalam, Wang Yi menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara China dengan AS demi pembangunan dan kedamaian dunia.

Lawatan beliau akan melakar sejarah kepada hubungan China dan AS kerana sejarah melambangkan masa depan, mengendalikan isu sekarang demi menentukan masa depan.

Menurut Wang Yi, Presiden Xi Jinping ketika menghadiri persidangan PBB akan membentangkan konsep pembangunan yang adil, terbuka, komprehensif dan inovasi, mengemukakan inisiatif baharu bagi menggalakkan pembangunan dan kerjasama sejagat serta bersama-sama dengan pelbagai negara melaksanakan agenda pembangunan pasca tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China