Cari:
Lima Bandar Membida Hak Penganjuran Sukan Olimpik 2024
2015-09-17 15:10:31 CRI Cetak

Lima bandar termasuk Budapest, Hamburg, Los Angeles, Paris dan Rome akan membida hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2024. Berita ini diumumkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC) di Lausanne Switzerland semalam.

Menurut maklumat IOC, kelima-lima bandar tersebut telah menyerahkan permohonan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik sebelum 16 September yang merupakan tarikh akhir penghantaran.

Tuan rumah Sukan Olimpik 2024 akan dipilih melalui pengundian dalam sidang pleno ke-130 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang akan diadakan di Lima, Peru pada tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China