Cari:
AS Jadi Destinasi Pelaburan Asing Ketiga Terbesar China
2015-09-17 17:20:07 CRI Cetak

Menurut pengumuman Pelaburan Langsung Asing (FDI) China 2014 yang dikeluarkan hari ini, Amerika Syarikat (AS) telah menjadi destinasi pelaburan langsung asing ketiga terbesar China setakat penghujung tahun lalu.

Pegawai Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa kerjasama pelaburan China dan AS saling melengkapi dan peningkatan pelaburan China ke AS yang pesat akan terus dikekalkan.

Menurut pengumuman tersebut, FDI China mencatat USD 123.12 bilion (kira-kira RM 522 bilion) pada tahun lalu dan mencipta rekod tertinggi dalam sejarah dan menduduki tangga ketiga di dunia selama tiga tahun berturut-turut.

Pelaburan China ke AS melibatkan 18 sektor, antaranya termasuklah pelaburan dalam sektor kewangan, industri perkilangan, industri perlombongan dan hartanah dengan mencatat USD 47.97 bilion (kira-kira RM203 bilion) yang mewakili 80 peratus daripada keseluruhan pelaburan.

Rundingan Perjanjian Pelaburan Dua Hala China-AS(BIT) yang bertujuan untuk menggalakkan keterbukaan dalam pelaburan telah diadakan sebanyak 21 kali sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Naib Perunding Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Xiangchen, kedua-dua negara telah membuat pengubahsuaian tentang harga senarai negatif dalam rundingan BIT pusingan ke-21 yang baru berakhir. Ketika menyebut mekanisme pemeriksaan keselamatan AS, beliau menyatakan bahawa pihaknya telah menggesa AS untuk meningkatkan ketelusan dan memudahkan prosedur dalam bidang pemeriksaan demi meringankan beban pelabur.

Menurut statistik, pelaburan China ke AS mencatat UDS4.43 bilion (kira-kira RM21) pada lapan bulan pertama tahun ini, meningkat 35.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China